Search This Blog

Thursday, September 22, 2011

Tempahan

Ini tempahan apam dot-dot yg baru aku siapkan utk harijadi anak Kak Ina, ada pelbagai warna dan inti. Ada inti coklat, kaya, strawberi, blueberry, jem nanas & kacang merah. Ponat juga cek nak menyiapkan 100 biji nie. Sebenar-benarnya hari ni saja aku dah bersengkang mata menyiapkan 280 biji apam dot2.  100 biji utk tempahan hari jadi ni dan bakinya utk jualan yg biasa aku hantar ke 2 buah kedai kat area sini. Emmm....... berpinau juga mata aku..... semua benda nampak dot-dot..... hahahaaa.........tp tak apa walaupun penat, aku puas hati apabila melihat apam dot-dot ku menjadi. Harap-harap apam dot-dot aku nie mendpt permintaan & digemari ramai. Biasanya apam nie digemari oleh kanak2. Mereka memanggilnya "kuih bola".



  
Apam dot-dot yg dah siap packing termasuk "free gift" apam  polkadot versi strawberi


Wednesday, September 21, 2011

Door Gift

Emmm.. door gift ni biasanya untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang membuat majlis harijadi, cukur jambul, pertunangan, perkahwinan, atau untuk apa-apa jamuan contohnya untuk open house, majlis perpisahan, potluck atau majlis-majlis anjuran pejabat-pejabat. Disini  ada contoh gambar-gambar door gift. Harga berbeza mengikut jenis & kuantiti apam serta jenis packing....
Inti /filling apam polkadot ni ada pelbagai, antaranya ialah; jem nenas, coklat, strawberry, blueberry, kaya, kacang merah, kiwi, mangga dan macam-macam lagi bergantung permintaan. Nak campur-campur pun boleh buat.


































Tempahan Pertama

Tak ku sangka, rupa-rupanya ada jugak orang sudi membuat tempahan apam polkadot aku ni. Tempahan yang aku terima cuma 100 pcs je.. emmm.. tidaklah banyak sangat tapi cukup la untuk memenatkan badan aku. Bahkan memberi aku semangat. So, hari ni aku agak sibuk didapur. Oo.. ya, aku hanya ambil RM0.25 untuk satu pcs. Kalau 100 pcs aku hanya charge RM25 je untuk promosi lagipun aku tambah 5 pcs percuma menjadikan 105 pcs la..Amacam.., aku rasa harga ni agak murah berbanding orang lain.

Disini aku letakkan serba sedikit gambar2 yang berkaitan.


 






Tuesday, September 20, 2011

Apom dot-dot aku di Bazaar Ramadhan Mata Ayer

Setelah agak berkemahiran membuat apom dot-dot, aku mencuba mengkomersialkan secara suka-suka. Just for fun kata orang. Aku menghubungan Kak Ina penjual kueh di Bazaar Ramadhan Mata Ayer untuk mendapatkan persetujuannya untuk menumpang apom aku ni di gerainya.




Mula-mula aku cuba hantar 50 pcs untuk test market. Aku agak risau kot-kot apom aku ni tak laku. Lepas waktu berbuka aku dapat sms drp Kak Ina. Dia mengatakan apom aku laku habis, macam pisang goreng panas. Hari kedua dan hari-hari seterusnya aku meningkat jumlah apom daripada 60 hinggalah ke 100 pcs. Alhamdulillah habis semuanya.






Menurut Kak Ina, pukul 4.00 petang dah ada peminat setia menanti kehadiran apom aku ni. Aku ingatkan kanak-kanak je yang minat, rupa-rupanya orang dewasa pun turut berminat. Antara peminat apom ni datang daripada penjual-penjual di Bazaar Ramadhan itu sendiri.


Cubaan pertama membuat Apom dot-dot

Salam,

Hobi aku memasak. Iyelah, aku ni suri rumah, kalau takda aktiviti karang bosan la pulak. Aku selalu buka blog-blog memasak untuk aku mencuba resepi baru yang ada dalam blog tu. Dalam banyak-banyak resepi, aku suka tengok apom polkadot atau dalam blog aku ni aku istilahkan sebagai apom dot-dot supaya lebih diingati.

Gambar dibawah ni adalah hasil cubaan aku yang pertama... hehehe.. OK la tu kot..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...