Search This Blog

Tuesday, November 1, 2011

Resepi Apam Polkadot

Salam, kat sini aku ingin kongsi resepi Apam polkadot yang aku buat. Tak tahu la daripada mana asal usul sebenar apam polkadot ni. Aku dapat resepi ni dari internet. Byk sgt resepi apam polkadot dlm internet sehinggakan tak tahu nak pilih yg mana satu. Rasanya semua resepi sama jer cuma ada sedikit perbezaan dari segi cara2 nak membuatnya.  Akhirnya  aku  pilih resepi apam polkadot drp hanamemories.blogspot.com. dan aku edit sikit cara-cara nak membuatnya. Terima kasih kak Hana kerana sudi kongsi resepi ini. Byk resepi lain dari Kak Hana yg best2 dan sedappp.....


Bahan-bahan
  • 3 biji telur -  dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum*
  • 220 gm gula halus
  • 150 gm susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry @ apa2 filling lain mengikut citarasa (masukkan ke dalam piping bag)
  • pewarna
  • sedikit esen vanila (utk mengurangkan bau telur)
Cara-cara
  1. Pukul gula halus dan telur hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan ovallete, dan pukul lagi sampai ringan.
  2. Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama-sama baking powder sedikit-sedikit di selang selikan dengan susu, dan gaul sampai semuanya sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (beg plastik yg bersih).
  5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun di dalam acuan lompang.
  6. Picitkan blueberry  filling secukupnya.
  7. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dgn warna pilihan.
  8. Kukus di dalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 minit.



Nota;
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je, kalau tak nanti apam akan pecah @ kembang mekar setaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...