Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum*
- 220 gm gula halus
- 150 gm susu segar @ susu cair
- 3 sudu teh baking powder*
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry @ apa2 filling lain mengikut citarasa (masukkan ke dalam piping bag)
- pewarna
- sedikit esen vanila (utk mengurangkan bau telur)
Cara-cara
- Pukul gula halus dan telur hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan ovallete, dan pukul lagi sampai ringan.
- Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama-sama baking powder sedikit-sedikit di selang selikan dengan susu, dan gaul sampai semuanya sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (beg plastik yg bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun di dalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dgn warna pilihan.
- Kukus di dalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je, kalau tak nanti apam akan pecah @ kembang mekar setaman.
No comments:
Post a Comment